Kawan-kawan



Tutorial: Cara daftar akaun SAYS/8SHARE


Assalamualaikum, hari ni saya nak buat tutorial, nak ajar macammana nak daftar akaun SAYS. Mungkin ramai dah tahu dan dah buat pun akaun ni, tapi kita bagi peluang kepada pengguna-pengguna blog yang baru.. hihi :)

Sebelum tu, kalau beginner, mesti tak tahu apa itu Says kan ? haa, kita boleh buat duit dengan SAYS tau. Kalau jadi blogger ni untung tau, banyak cara kita dapat side income, antaranya dengan macam ni lahh. haha. Says ni, bila ada pengunjung datang ke blog, bila dia klik gambar iklan kita, bermakna, dia menyumbang RM0.20 (biasanya)  dan lebih (terpulang kepada iklan itu sendiri)dekat akaun kita.. So, berterima kasihlah kepada visitors tu.. hihi. :D. 

Mesti ramai kata, ek elleh, RM0.20 sahaja ?? RM0.20 pun duit tauu.. *smirk* haha. Ibarat orang meniaga kata, "kalau tak ada RM0.20, tak cukup RM1000 tau".. haha. Cuba bayangkan, bila ramai yang klik iklan kita, haaa, tak ke banyak bila kumpul-kumpul. WOWW!! kebabomm kauuu~ kan ? haha, okay, rasanya, setakat ni je saya bagitau pasal SAYS ni, nak lebih lagi, daftarlah dan rasailah sendiri. hihi ;)

jadi, apa tunggu lagi, jom kita mula.

  1. korang pergi dekat Link SAYS ni
  2. Lepastu, tekan "create an account" 
  3. Bila korang dah tekan dia kan keluar "pop-up" kan, macam ni..
  4. So, korang isi lah semua form account tu..dan, last sekali, tekan "update my account".
  5. Now, you dah siap dan boleh promote!! yeayy! hihi
  6. Bila korang dah dapat masuk, korang boleh promote or iklan di blog dengan tekan "special " seperti gambar di bawah. 

  7. Dekat special tu, banyak gambar yang boleh kita iklankan, pilih sahaja mana yang korang suka.. Good Luck! 
  8. Ok, dah siap!!!! selamat mencuba :)

P/s: untuk pertanyaan atau tutorial, boleh PM saya di Facebook atau twitter . Thank you and Good Luck!! :)

Thanks Baca!

Tutorial: Cara Daftar Nuffnang dan Letak Iklan Dalam Blog


Selamat pagi semua.. sihat ke tak ? Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas dibumi yang indah ni. Kalau tak, mesti dah dikapankan pagi ni, Allahuakbar! ehh, apsal ni ? tetiba jadi sedih ? TT_TT jangan sedih-sedih. Kita nak happy je hari ni tau.. hihi.

Okaylah, saya pon tak nak lah tulis panjang-panjang, sebab hari ini saya nak kongsi tutorial dengan pembaca semua. tutorial ni diminta oleh akak manis Atikah Ibrahim . 


Ok, sebelum tu, nak tahu tak fungsi nuffnang ni apa ?? Macam-macam lah fungsi nuffnang ni, tapi yang paling utama, kita boleh dapat duit melalui nuffnang. Dengan cara macammana ? haa, kena lah selalu aktif dekat blog korang, sebab nuffnang ni, Bila traffic tinggi, banyaklah BE atau duit akan korang dapat.. Bagus kan ?? haha. ;)



  1. Korang masuk website ni dulu, Nuffnang
  2. Klik Sign Up 
  3. Bila korang dah tekan siap up dia ada keluar form registration tu, so, korang kena fill in semua dekat form registration tu..kalau ada tanda (*) bermakna,  korang wajib isi..
     
     
  4. bila dah siap, jangan lupa tekan FINISH tauu! Lepastu tu tekan dekat "click here"
  5. haa, kan dia kata, dia hantar dekat email, so, korang pergi masuk email, tak kira yahoo ke, gmail ke , apa-apa lah, yang pasti ikut email yang korang da daftar tu.. bila dah masuk, korang tekan link macam sy tekan dekat gambar dibawah ni. 
  6. lepas klik kan, dia back dekat nuffnang balik,so, korang sign in balik ikut email and password yang korang daftar tadi.

CARA-CARA LETAK IKLAN DENGAN BETUL

  1. Bila dah tekan "add a blog" korang fill in lah semua yang dia minta, url blog, nama blog.haa, bila dah isi semua tiba masa ruang "ad types", korang boleh pilih, korang nak letak iklan nuffnang kat mana, samada, atas,skycraper or kat tengah2.. macam gambar kat bawah ni.. korang "tick" je iklan yg korang suka nak letak kedudukan dia. macam saya, saya suka letakk kat atas, sebab senang orang nak nampak.. hihi. 
  2. Ok, bila da tekan position tu,nanti dia akan keluar kod HTML kan ? haa, korang copy je kod tu untuk letak dekat blog nanti..
           
          UNTUK LEADERBOARD NI, (738x90)

  1. Masuk dashboard---> Template--> edit HTML
  2. seperti yang kak uzu kata, untuk template baru ni, kena Highlight dulu kod iaitu tekan Ctrl+A (tekan serentak) , and cut and paste tmpat sama (kalau tak buat camni, nanti tak jumpa..), sebenarnya, saya pon tak tahu juga nak buat macammana, tapi setelah try dan error, akhirnya jadi. hihi
  3. lepastu,tekan CTRL+F (serentak), cari kod <header> dan tekan enter,
  4. kalau tak jumpa <header> , cari kod <body>
  5. so, copy kod nuffnang tadi dan paste dekat atas kod <header> atau <body> tadi. 
  6. dan jadi!!! hihi

             Untuk iklan dekat dalam entry : LARGE RECTANGLE (336x280)

  1. Masuk dashboard---> Template--> edit HTML
  2. Untuk template baru ni, kena Highlight dulu kod iaitu tekan Ctrl+A (tekan serentak) , and cut and paste tmpat sama (kalau tak buat camni, nanti tak jumpa..), sebenarnya, saya pon tak tahu juga nak buat macammana, tapi setelah try dan error, akhirnya jadi. hihi
  3. Tekan CTRL+F (serentak) dan cari kod <data:post.body/> dan tekan enter
  4. kod nuffnang untuk large rectangle , korang pastekan dekat bawah kod <data:post.body/> yang korang cari tadi
  5. dah menjadi!!!
                  Untuk SKYSCRAPER
         
             Untuk dekat sidebar, korang just,

 masuk Dashboard---> layout--> add a gadget ---> pastekan kod ke HTML/JAVASCRIPT sahaja.

ok, Done!! Harap membantu. :) kalau tak menjadi, post komen okeh. :) kalau nak minta buat tutorial, boleh pm saya di Facebook hokey! :D wassalam.

Thanks Baca!

 
This Template Was Made & Design With Love By Izzati Zakaria. All Right Reserved To Izzati.