Kawan-kawan



Wanita Syurga bidadari Dunia


Assalamualaikum,, Alhamdulillah saya telah diberi peluang dan waktu oleh Allah untuk menaip entry pada hari ini. Teringat saya pada satu kata-kata iaitu "dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah". Jadi, Alhamdulillah, kita beruntung menjadi wanita. :)

Entry diatas sebenarnya ialah tajuk lagu. Saya tertarik dengan lagu ini "wanita Syurga Bidadari Dunia" lagunya sangat menggamit perasaan saya. Setiap kali saya dengar lagu ni, mesti hati saya rasa sayu kerana saya sedar saya bukanlah manusia dan wanita yang masih lagi sempurna. . Selepas sahaja dengar lagu ini, hati saya bagai tertarik-tarik untuk lebih menjadi kepada wanita yang solehah. Hati saya terfikir "Ya Allah, sedapnya lirik lagu ini"


Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bernafas lagi di dunia ini, mungkin untuk memberi kita peluang supaya bertaubat dan beridabat kepadaNya. Kaum hawa perlu tahu yang aurat kita ialah hanya muka dan tapak tangan sahaja. Tapi kadang-kadang kita mesti terlepas pandang kan ? Contohnya, " ehh, nak keluar kat halaman rumah je pun, tak payah la kot pakai baju lengan panjang/ tudung." Kaum hawa mesti tahu, walaupun kat halaman rumah kita mestilah berpakaian menutup aurat kerana kita tidak tahu takut-takut kawan abang ke datang kan ? Orang kata, aurat bukanlah susah sangat nak jaga dan tidak juga senang, ianya perlukan istiqamah. Dan pergilah ke jalan Istiqamah , dengan itu, kita akan mendapat kejayaan dan keredhaan dariNya.InsyaAllah. :')

Apabila kita beristiqamah untuk menjadi wanita yang lebih baik, kita janganlah malu untuk terus beristiqamah. sesetengah mesti akan berfikir "aishh, mesti dia tengok pelik kan ? " "mesti kawan aku tak suka dekat aku nanti" Oleh itu,kita perlu lupakan semua prasangka yang seperti itu kerana masa itu syaitan sedang 'seronok' menghasut kita. Dengan ini, kita mestilah kuatkan semangat dan "tarik" kawan-kawan kita sekali untuk menjadi ke arah yang lebih baik. Orang muslim kan mempunyai 'senjata rahsia', jadi gunakanlah senjata itu setiap kali sesudah solat dan senjata itu ialah 'doa". Oleh itu, sentiasalah berdoa supaya hati kita sentiasa tetap dan tidak berbolak-balik. 


Subahanallah,, Oleh itu, kita perlulah sentiasa berdoa kepadaNya agar sentiasa dikurniakan hidayah dan iman yang kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang supaya menjadi seorang muslimah yang solehah. Akhir sekali, bacalah ayat dalam gambar dibawah.


Alhamdulillah, semoga dapat manfaat dengan membaca entry saya kali ini wahai muslimah solehah. Agar kita sama-sama mendapat keredhaan darinya dan dimasukkan di tempat yang kita idamkan iaitu di Jannah. Aminn. :')

Jom sama-sama kita tengok video ini. :)


Thanks Baca!

 
This Template Was Made & Design With Love By Izzati Zakaria. All Right Reserved To Izzati.